Posts

La Tahzan, Innallaha Ma'ana

Hati manusia mudah berbolak-balik. Sesungguhnya aku adalah golongannya. Mudah lupa mencintai-Nya saat aku diberi nikmat-Nya yang melimpah ruah. Pabila aku tersungkur, tadahan doa aku panjat kepada-Nya. Memohon sinar baharu. Memohon bantuan. Memohon memperbaiki hidup yang punah! hancur!. Tetapi, terkadang aku terfikir, ikhlaskah aku kepada-Nya. Kerna aku manusia yang sering mencari-Nya tatkala ribut melanda. Sungguh aku bagai mengambil kesempatan. Sungguh Dia itu amat menyayangi hamba-Nya. Dia adalah Ar-Rahman, Ar-Rahim. Saat aku menangis Dialah penawar hati. Kata-kata manis diberikan-Nya kepada hamba yang sedang tiada upaya:- "Aku akan berlari saat kau memanggil namaku" (Qs. al-Baqarah: 186) "Aku bersumpah akan mencintaimu dengan cara yang berbeza" ( Qs. al-Ahzab:43) Ayat² ini terus menyentap dan memujuk diriku supaya bangkit bersama liku-liku hidup.

Gemersik Alun Seruling

Saat seruling ditiup oleh pemainnya, aku seolah terbang ke awanan. Membuatkan aku alpa dengan dunia fana ini. Sungguh mendayu. Aku bagai diseru ke alam lain. Seolah-olah berada pada zaman kesultanan dahulu kala.

Awan Larat

Image
  (Sumber: Othman Mohd. Yatim, et al, (pngr.): 2013) Ukiran Melayu Tradisional yang sangat seni. Penuh falsafah. Falsafah budaya Melayu dapat dilihat pada ukirannya iaitu lemah-lembut, ketelitian dan hubungan manusia dengan alam semula jadi. Bermotifkan bunga bayam peraksi dengan menggunakan corak awan larat.  Seni mempunyai hubungan dengan Islam. Seni itu mendekatkan diri manusia kepada Allah SWT. Dengan itu, ukiran corak awan larat bertepatan dengan prinsip falsafah Melayu kerana melarang ukiran kayu yang menyerupai makhluk bernyawa seperti haiwan dan manusia. Corak awan larat diukir pada kayu-kayu rumah bangsawan, istana dan rumah-rumah penghulu. walaupun ia ditelan zaman, ukirannya tetap menarik kerana keagungan pengukirnya. kreativiti seni bina yang tidak dapat ditandingi oleh budaya masyarakat lain.  Indah sungguh jika seluruh Alam Melayu memartabatkan binaan bermotifkan kayu dengan ukiran awan larat. Seluruh bangunan 100% bersumberkan kayu. Memang mengarut. Ia baik...

Pohon Seribu

Image
(Sumber: Google Chrome) Pohon tua yang menyimpan beribu cerita dari zaman ke zaman. Aku menyangkal bahawa pohon ini menyimpan cerita tentang kehidupan masyarakat melayu tradisional dari pucuk pimpinan hingga rakyat jelata.  Mengapa ia dikatakan pohon seribu? Bagiku, pohon ini bukan sahaja berusia seribu tahun tetapi ia menyimpan seribu suka duka kerana menyaksikan pelbagai peristiwa dalam kalangan makhluk. Akar bercabang beribu menandakan tindakan manusia yang menentukan nasib hidup mereka. Dengan usaha dan doa kepada pencipta, ia menentukan ketentuan hidup masa hadapan seorang hamba. Dedaun melebar nan rendang hampir manaungi seluruh belantara menunjukkan kekuasaan sepohon jasad yang tidak berlidah. Walau ia kaku berdiri, tetap menjadi tempat istirihat makhluk Tuhan supaya dapat melindungi daripada tusukan bahang matahari. Jika diamati pohon ini, ia persis wanita terpingir. Sepi. Terlihat keterasingannya kerana rupa fizik yang unik. Asing di bumi khatulistiwa. Dedaun berbentuk ova...

Jamuan buat diri

Image

Seruan Kalbu

Kadang-kadang kita rasa jauh dengan Sang Pencipta. Bukannya kita menjauhi-Nya tetapi keterbatasan waktu mengalpakan kita. Bahkan kesibukan mengejar yang tidak pasti ialah suatu halangan yang payah. Lebih-lebih lagi bagi seorang pejuang akademik. Bertimbun naskah dibaca bukan suatu masalah atau beban. Tetapi Al-quran kita tinggalkan kerana ia bukan lagi bacaan utama. Walhal ia hanya senaskah kumpulan ayat-ayat suci yang menceritakan gambaran hidup manusia dan alam. Selain itu, mendorong manusia hidup dengan penuh keseimbangan iaitu antara amalan di dunia untuk bekalan di akhirat. Semua itu telah diatur oleh-Nya. Siang bekerja, malam berehat, buat amal baik dan menolak kemungkaran. Mengapa aku tidak mampu? Aku sedar bahawa imanku semakin rapuh dek keseronokan dunia yang sementara. Jiwa ini terkadang hilang pedoman hidup dan mula terasa kosong. Kesedaran itu menyebabkan jiwa aku meruntun dan menuntun hidayah Allah SWT supaya aku kembali mengabdikan diri aku kepada-Nya. Ampuni aku Ya A...

Yuda

Kali ketiga di atas pentas mempersembahkan lagu dan irama syair. Kali ini juga saya berperang dengan diri saya sendiri. Rasa gementar hilang tatkala saya mendendangkan syair. Kerana muzik kemelayuan itu sebati dengan diri saya sehingga saya lupa akan pergelutan dalam diri, iaitu melawan ketakutan dan mempamerkan keyakinan meluah. Tambahan pula, pesan dan doa ibu bapa serta sokongan rakan-rakan dan pengendali memotivasikan saya untuk berdiri di atas pentas ini. Kali ini ialah penyampaian yang bermakna bagi saya kerana ia melibatkan watak bongkok yang sedih. Irama tok kenali sebati dengan syair kesedihan si bongkok. Seni lagu dan saya begitu akrab kerana tanpa alunan muzik dan suara saya diibaratkan seperti 'mayat hidup'. Hanya mereka yang benar-benar menjiwai saya akan perasan akan hal ini. Sebenarnya, apa yang saya ingin sampaikan ialah intipati dalam sesebuah lagu melayu, syair dan lagu klasik. Ia amat menitikberatkan soal kesedaran nurani, berpesan-pesan dan berseronok secara...