Yuda

Kali ketiga di atas pentas mempersembahkan lagu dan irama syair. Kali ini juga saya berperang dengan diri saya sendiri. Rasa gementar hilang tatkala saya mendendangkan syair. Kerana muzik kemelayuan itu sebati dengan diri saya sehingga saya lupa akan pergelutan dalam diri, iaitu melawan ketakutan dan mempamerkan keyakinan meluah. Tambahan pula, pesan dan doa ibu bapa serta sokongan rakan-rakan dan pengendali memotivasikan saya untuk berdiri di atas pentas ini. Kali ini ialah penyampaian yang bermakna bagi saya kerana ia melibatkan watak bongkok yang sedih. Irama tok kenali sebati dengan syair kesedihan si bongkok. Seni lagu dan saya begitu akrab kerana tanpa alunan muzik dan suara saya diibaratkan seperti 'mayat hidup'. Hanya mereka yang benar-benar menjiwai saya akan perasan akan hal ini.

Sebenarnya, apa yang saya ingin sampaikan ialah intipati dalam sesebuah lagu melayu, syair dan lagu klasik. Ia amat menitikberatkan soal kesedaran nurani, berpesan-pesan dan berseronok secara sederhana. Secara sederhana bermakna mendengar lagu sambil seronok yang melampau-lampau sehingga melupakan tanggungjawab pada diri. Contohnya, irama Melayu terkenal dengan alunan muzik lemah gemalai dan lambat. Perkara itu hanya melibatkan perasaan dalaman kerana ia sesuai dengan sifat kemelayuan dan menyedarkan jiwa. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa muzik ini melalaikan jika dilayan berlebih-lebihan kerana muzik ini membuai sama seperti  maksud membuai bayi. Walaubagaimanapun, gunakan muzik atas kehendak untuk menyedarkan jiwa.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Seruan Kalbu

Dunia Tipu-Tipu