Pohon Seribu


(Sumber: Google Chrome)

Pohon tua yang menyimpan beribu cerita dari zaman ke zaman. Aku menyangkal bahawa pohon ini menyimpan cerita tentang kehidupan masyarakat melayu tradisional dari pucuk pimpinan hingga rakyat jelata. 

Mengapa ia dikatakan pohon seribu?

Bagiku, pohon ini bukan sahaja berusia seribu tahun tetapi ia menyimpan seribu suka duka kerana menyaksikan pelbagai peristiwa dalam kalangan makhluk. Akar bercabang beribu menandakan tindakan manusia yang menentukan nasib hidup mereka. Dengan usaha dan doa kepada pencipta, ia menentukan ketentuan hidup masa hadapan seorang hamba.

Dedaun melebar nan rendang hampir manaungi seluruh belantara menunjukkan kekuasaan sepohon jasad yang tidak berlidah. Walau ia kaku berdiri, tetap menjadi tempat istirihat makhluk Tuhan supaya dapat melindungi daripada tusukan bahang matahari. Jika diamati pohon ini, ia persis wanita terpingir. Sepi. Terlihat keterasingannya kerana rupa fizik yang unik. Asing di bumi khatulistiwa. Dedaun berbentuk oval dengan warna daun seperti serakan langit senja. Sasa dahan kayunya dapat melepasi 10 manusia berdiri sebelah menyebelah. Akarnya jauh menjelajah. Tinggi dahannya tidaklah seperti pokok Tualang. Tetapi, pucuknya mencanak ke langit dan melebar ke kiri ke kanan.

Bak kata orang tua-tua, pohon yang kelihatan asing dan mempersonakan manusia adalah pohon dari alam di sebalik akal manusia. Bukan sahaja pohon, barang tinggalan sejarah, semua berpenunggu.

Comments

Popular posts from this blog

Yuda

Seruan Kalbu

Dunia Tipu-Tipu