Posts
Showing posts from December, 2022
Seruan Kalbu
- Get link
- X
- Other Apps
Kadang-kadang kita rasa jauh dengan Sang Pencipta. Bukannya kita menjauhi-Nya tetapi keterbatasan waktu mengalpakan kita. Bahkan kesibukan mengejar yang tidak pasti ialah suatu halangan yang payah. Lebih-lebih lagi bagi seorang pejuang akademik. Bertimbun naskah dibaca bukan suatu masalah atau beban. Tetapi Al-quran kita tinggalkan kerana ia bukan lagi bacaan utama. Walhal ia hanya senaskah kumpulan ayat-ayat suci yang menceritakan gambaran hidup manusia dan alam. Selain itu, mendorong manusia hidup dengan penuh keseimbangan iaitu antara amalan di dunia untuk bekalan di akhirat. Semua itu telah diatur oleh-Nya. Siang bekerja, malam berehat, buat amal baik dan menolak kemungkaran. Mengapa aku tidak mampu? Aku sedar bahawa imanku semakin rapuh dek keseronokan dunia yang sementara. Jiwa ini terkadang hilang pedoman hidup dan mula terasa kosong. Kesedaran itu menyebabkan jiwa aku meruntun dan menuntun hidayah Allah SWT supaya aku kembali mengabdikan diri aku kepada-Nya. Ampuni aku Ya A...
Yuda
- Get link
- X
- Other Apps
Kali ketiga di atas pentas mempersembahkan lagu dan irama syair. Kali ini juga saya berperang dengan diri saya sendiri. Rasa gementar hilang tatkala saya mendendangkan syair. Kerana muzik kemelayuan itu sebati dengan diri saya sehingga saya lupa akan pergelutan dalam diri, iaitu melawan ketakutan dan mempamerkan keyakinan meluah. Tambahan pula, pesan dan doa ibu bapa serta sokongan rakan-rakan dan pengendali memotivasikan saya untuk berdiri di atas pentas ini. Kali ini ialah penyampaian yang bermakna bagi saya kerana ia melibatkan watak bongkok yang sedih. Irama tok kenali sebati dengan syair kesedihan si bongkok. Seni lagu dan saya begitu akrab kerana tanpa alunan muzik dan suara saya diibaratkan seperti 'mayat hidup'. Hanya mereka yang benar-benar menjiwai saya akan perasan akan hal ini. Sebenarnya, apa yang saya ingin sampaikan ialah intipati dalam sesebuah lagu melayu, syair dan lagu klasik. Ia amat menitikberatkan soal kesedaran nurani, berpesan-pesan dan berseronok secara...