Posts

Showing posts from November, 2022

Kerusi Ajaib

Ini adalah ceritera kehidupan orang-orang yang ingin mendapatkan kuasa sakti. Kerusi ajaib ialah kuncinya. hal ini dikatakan demikian kerana pada kaki kerusi tersebut terdapat tulisan sanskrit iaitu mantera yang boleh meresap masuk dalam tubuh manusia. stelah duduknya seseorang di atas kerusi itu, maka berubahlah wajahnya dan badanya kepada bentuk yang sasa dan kelihatan hebat dimata penduduk-penduduk. Setiap negeri mempunyai kerusi ajaib. Sesiapa yang berjaya mendapatkan kerusi ajaib dengan menawan hati penduduk, maka dapatlah kuasa sakti untuk mentadbir negeri. Apabila kerusi ini jatuh kepada tangan yang benar maka baiklah segala rakyat dan kerajaannnya. jika ia jatuh pada tangan yang salah maka buruklah padahnya. Habis segala rakyat ditimpa bencana dek sikap penguasa kerusi ajaib yang menyalah guna kuasa untuk membalas dendam dan mengaut kekayaan untuk kepentingan diri sendiri.

Lukisan Yang Berbicara

Image
Walaupun ini wajah Dato Sri Siti Nurhaliza dengan senyum manisnya tetapi wajah ini juga menunjukkan bahawa aku sedang bergembira. Aku seronok melukis. Melukis adalah masa aku tenang dan keluar bebas daripada masalah dunia mahasiswa. Tambahan pula, keberhasilan aku melukis wajah yang hampir persis wajahnya cukup menggembirakan hatiku. ingin sahaja aku mengkhabarkan ke seantero dunia. AKU PANDAI MELUKIS!. IItulah kelebihan yang telah Allah SWT berikan kepada setiap hambanya. Begitu juga 'Tokti', diberi kelunakkan suara dan menjadi kebanggan negara. Subahanallah!

Dunia Tipu-Tipu

Dunia ini seperti panggung teater. Setiap orang ditakdirkan watak masing-masing. Pada masa yang sama watak tersebut boleh berubah watak mengikut keadaan dan perubahan masa. Perubahan itu mungkin disebabkan pengalaman, pemberian hidayah dan pengaruh sekeliling. Dalam dunia ini ada banyak cerita. Ada cerita yang dibukukan oleh pihak tertentu dan ada cerita terpencil. Cerita terpencil itu adalah konflik yang berlaku dalam setiap per satu manusia di muka bumi. itulah konsep dunia manusia. Yang berkuasa, orang ternama dan 'milionaire', itulah yang diagung-agungkan sehingga segala perbuatan mereka diikut dan dibenarkan. Sama ada ia salah atau betul. Semuanya dibenarkan. Dalam dunia tipu-tipu ini pelakon boleh membayar pelakon supaya pelakon yang membayar terus gah mendapat nama di hati mereka yang dibayar. Tetapi cerita itu boleh sahaja ditokok tambah supaya ia kelihatan hebat.

Pertemuan

Image
Sudah suratan takdir, setiap manusia pasti akan dipertemukan oleh Allah SWT dengan manusia lain. Sama ada ia adalah suatu perhubungan yang kekal atau sementara. Sama ada ia hubungan yang memebawa kebaikan atau keburukan sehingga ia memberi kekuatan dan pengalaman hidup kepada seluruh manusia. Bukannya pertemuan dengan orang yang salah membawa keburukan. Ya, semestinya membawa keburukan. Namun, keburukan itu memberi pengalaman dan mendesak kita suapaya sentiasa bersabar dan kuat dengan situasi sukar. Sesungguhnya, pengalaman itu boleh dibawa ke kemudian hari.

Terlunaskah?

Image
Apabila melihat langit,  Aku tanya pada diriku, Mampukah aku menembusi awan? Apabila aku melihat sungai, Bisakah aku mengalirkan ilmu? Mampukah aku menghilir perahu? Apabila menikmati keindahan flora, Adakah aku bisa memberi ketenangan pada teman? Apabila aku menghirup udara, Mampukah aku berbakti atas setiap hirup udara? Apabila aku melihat matahari, mampukah aku berbagi budi? Sedangkan matahari berbudi kepada setiap insan, Di seluruh ceruk muka bumi, Tidak bangsa, umur, jantina dan agama. Pabila aku menatap muka sejadah, Cukupkah amalku? Pendosakah aku? Segera kedua-dua belah tapak tanganku ditekup pada wajah Sambil air mata mencurah-curah memohon taubat dari Pencipta Yang Esa. Itulah jawapan yang sebenar dalam hidup ini, Saat sangsi melalui kejora kehidupan, Hanya Pencipta Yang Maha Esa sahaja mampu memujuk hati nurani. Aku tersedar, Kerdil sungguh diriku ini, Malah fana tatkala Izrail menyebut namaku.

Warkah Inspirasi

Image
Aku dan Perasaanku Larut malam ku duduk menyendiri, Ku diselubungi sunyi, Mengelamun masa depanku, Ke arah mana ku tuju. Dalam perjuangan penuh cabaran Adakah tempat untukku, Bila gugup nafasku helah, Semangat ku pun bernyala~ Lirik ini sangat mewakili setiap insan di atas muka bumi ini tidak kira tua atau muda. Semua akan merasai perasaan tersebut walaupun sudah bekerjaya, berkahwin dan berteman. Semua akan tertanya apa kemungkinan yang berlaku dalam pelbagai bidang hidup. Pastinya manusia menghadapi cabaran yang besar. Manusia pernah kecundang, berduka, bersedih dan sebagainya. Namun, semangat dan percaya pada diri adalah kunci kepada kejayaan.  Dengarkan lagu ini

Ada Sinar atau Redup?

 Sedang yang lain tidur, aku masih terjaga membayangkan detik-detik dan saat aku bergelar graduan kelak. Yang selalu bermain di fikiranku ialah “apakah nasib hidup aku, sama ada aku mencapai matlamat atau aku kencundang besama kegagalan”. Mulai kini aku mesti merancang masa hadapan, melakukan segala aktiviti yang boleh selagi aku mampu memikul tanggungjawab yang tidak tercapai oleh sangkaanku. Tetapi, keseronokan mengejar dunia yang penuh hiburan ini menjerat aku untuk mendaki ke puncak ilmu. Harapan aku akan terus jadi angan-angan dan segala usaha sikit itu akan jadi sia-sia jika aku tidak melakukan sesuatu yang mampu merubah hidupku.            Saat aku rebah, hanya Allah yang Esa sahaja mampu membimbing aku mencari jalan pulangg yang hakiki. Ibu bapa aku ialah kunci semangat yang mampu membina roh yang tabah dan terus kuat. Walaupun aku menerima teguran sinis sehingga mampu meluluhkan jantung dan air mukaku tetapi dengan semangat ini akan aku m...