Terlunaskah?
Apabila melihat langit,
Aku tanya pada diriku,
Mampukah aku menembusi awan?
Apabila aku melihat sungai,
Bisakah aku mengalirkan ilmu?
Mampukah aku menghilir perahu?
Apabila menikmati keindahan flora,
Adakah aku bisa memberi ketenangan pada teman?
Apabila aku menghirup udara,
Mampukah aku berbakti atas setiap hirup udara?
Apabila aku melihat matahari,
mampukah aku berbagi budi?
Sedangkan matahari berbudi kepada setiap insan,
Di seluruh ceruk muka bumi,
Tidak bangsa, umur, jantina dan agama.
Pabila aku menatap muka sejadah,
Cukupkah amalku? Pendosakah aku?
Segera kedua-dua belah tapak tanganku ditekup pada wajah
Sambil air mata mencurah-curah memohon taubat dari Pencipta Yang Esa.
Itulah jawapan yang sebenar dalam hidup ini,
Saat sangsi melalui kejora kehidupan,
Hanya Pencipta Yang Maha Esa sahaja mampu memujuk hati nurani.
Aku tersedar,
Kerdil sungguh diriku ini,
Malah fana tatkala Izrail menyebut namaku.
Comments
Post a Comment