Ada Sinar atau Redup?
Sedang yang lain tidur, aku masih terjaga membayangkan detik-detik dan saat aku bergelar graduan kelak. Yang selalu bermain di fikiranku ialah “apakah nasib hidup aku, sama ada aku mencapai matlamat atau aku kencundang besama kegagalan”. Mulai kini aku mesti merancang masa hadapan, melakukan segala aktiviti yang boleh selagi aku mampu memikul tanggungjawab yang tidak tercapai oleh sangkaanku. Tetapi, keseronokan mengejar dunia yang penuh hiburan ini menjerat aku untuk mendaki ke puncak ilmu. Harapan aku akan terus jadi angan-angan dan segala usaha sikit itu akan jadi sia-sia jika aku tidak melakukan sesuatu yang mampu merubah hidupku.
Saat aku rebah, hanya Allah yang Esa sahaja mampu membimbing aku mencari jalan pulangg yang hakiki. Ibu bapa aku ialah kunci semangat yang mampu membina roh yang tabah dan terus kuat. Walaupun aku menerima teguran sinis sehingga mampu meluluhkan jantung dan air mukaku tetapi dengan semangat ini akan aku menerimanya. Pada sangkaan aku, segala cerita hidup seseorang pasti ada hikmahnya. Hanya Allah Swt sahaja mengetahui akan segala hal dalam diri dan hidup manusia. Oleh itu, teruskanlah berdoa agar Allah mengubah nasib kita ke arah yang lebih baik. Amin Ya Rabb!.
Comments
Post a Comment