Posts

Showing posts from January, 2023

Gemersik Alun Seruling

Saat seruling ditiup oleh pemainnya, aku seolah terbang ke awanan. Membuatkan aku alpa dengan dunia fana ini. Sungguh mendayu. Aku bagai diseru ke alam lain. Seolah-olah berada pada zaman kesultanan dahulu kala.

Awan Larat

Image
  (Sumber: Othman Mohd. Yatim, et al, (pngr.): 2013) Ukiran Melayu Tradisional yang sangat seni. Penuh falsafah. Falsafah budaya Melayu dapat dilihat pada ukirannya iaitu lemah-lembut, ketelitian dan hubungan manusia dengan alam semula jadi. Bermotifkan bunga bayam peraksi dengan menggunakan corak awan larat.  Seni mempunyai hubungan dengan Islam. Seni itu mendekatkan diri manusia kepada Allah SWT. Dengan itu, ukiran corak awan larat bertepatan dengan prinsip falsafah Melayu kerana melarang ukiran kayu yang menyerupai makhluk bernyawa seperti haiwan dan manusia. Corak awan larat diukir pada kayu-kayu rumah bangsawan, istana dan rumah-rumah penghulu. walaupun ia ditelan zaman, ukirannya tetap menarik kerana keagungan pengukirnya. kreativiti seni bina yang tidak dapat ditandingi oleh budaya masyarakat lain.  Indah sungguh jika seluruh Alam Melayu memartabatkan binaan bermotifkan kayu dengan ukiran awan larat. Seluruh bangunan 100% bersumberkan kayu. Memang mengarut. Ia baik...

Pohon Seribu

Image
(Sumber: Google Chrome) Pohon tua yang menyimpan beribu cerita dari zaman ke zaman. Aku menyangkal bahawa pohon ini menyimpan cerita tentang kehidupan masyarakat melayu tradisional dari pucuk pimpinan hingga rakyat jelata.  Mengapa ia dikatakan pohon seribu? Bagiku, pohon ini bukan sahaja berusia seribu tahun tetapi ia menyimpan seribu suka duka kerana menyaksikan pelbagai peristiwa dalam kalangan makhluk. Akar bercabang beribu menandakan tindakan manusia yang menentukan nasib hidup mereka. Dengan usaha dan doa kepada pencipta, ia menentukan ketentuan hidup masa hadapan seorang hamba. Dedaun melebar nan rendang hampir manaungi seluruh belantara menunjukkan kekuasaan sepohon jasad yang tidak berlidah. Walau ia kaku berdiri, tetap menjadi tempat istirihat makhluk Tuhan supaya dapat melindungi daripada tusukan bahang matahari. Jika diamati pohon ini, ia persis wanita terpingir. Sepi. Terlihat keterasingannya kerana rupa fizik yang unik. Asing di bumi khatulistiwa. Dedaun berbentuk ova...